Sunday, April 6, 2014

Malam Apresiasi Lagenda


Pada 4 April 2014, BPP telah mengadakan majlis makan malam untuk meraikan pekerja yang telah bersara dan telah bertukar. Unit Proses telah diwakili oleh Kak CT, Riza, CC Sal dan anak, Kak Tie dan suami serta aku dan suami.


Kami duduk satu meja. Dalam majlis tersebut diadakan cabutan nombor bertuah. CC Sal dapat handphone 'lenovo', Kak CT dapat 'Pen Drive' 16GB, anak CC Sal (mewakili Kak Norizal) dapat hamper, Kak Tie dapat Kipas dan aku dapat 'Vacuum Panasonic'. Riza dan My hubby dapat gak hadiah tapi kena claim kat luar dewan... Riza dapat 'Jug' kaca dan My hubby dapat bekas plastik...


Alhamdulillah, semunya berjalan dengan lancar... Majlis selesai pada pukul 11.00mlm...

Sunday, March 23, 2014

Bercuti Ke Langkawi

Pada 1 April 2013, aku, hubby, ibu mertua, bapa mertua dan adik ipar aku telah pergi bercuti ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. We all berlepas dari LCCT menaiki kapal terbang AirAsia ke Langkawi jam 1530 dan tiba di Langkawi satu jam selepas itu. 


We all sewa kereta di airport Langkawi dengan bayaran RM230 termasuk deposit dan mula mencari penginapan di Pantai Cenang. Kenapa Pantai Cenang? Coz malam di sana Happening. 


Tempat Penginapan : AB Motel
Harga satu malam : RM120.00
Bilik : 4 orang (2 katil Queen 1 bilik air)

Aktiviti pertama we all.... shopping. Malam tu aku jalan dan jelajah tiap-tiap kedai sepanjang jalan di Pantai Cenang. Kedai cenderahati ader, kedai baju ader, SPA ader, kedai makan ader dan pasaraya pun dah banyak tak macam aku pergi mula-mula dulu.

  
Kat atas gambar we all selesai first dinner...




Monday, January 16, 2012

Mendaki Gunung Pine di Bukit Fraser

13 Jan 2012-Aku, family dan kengkawan telah pergi ke Bukit Faser untuk mendaki Gunung Pine... tapi setelah sampai kemuncak aku dan lelain ambil kesempatan untuk mendaki puncak Bukit Botak... Ye la, dah alang-alang sampai ke sana,kan? Apa pun memang seronok... semasa naik memang 'minta nyawa' siot... mcm tu gak time nak turun... tapi dengan semangat yang tidak mengalah, aku gagahkan juga... hahahahaha... Pergh, sampai kat bilik, masing-masing cari minyak panas nak sapu kaki... mananyer tak Bukit Fraser kan sejuk... lepas beberapa hari aku bekerja, aku rasa ringan badan... kaki pun ringan nak berjalan... Lelagi time tgk gambo yg kitorang amik... mmg best... hilang segala penat lelah...



Wednesday, July 13, 2011

PERKELAHAN DI CHAMANG


Pada 9 Julai 2011, aku, kak Jam dan Solehan telah merancang pergi mandi air terjun dan lokasi yang terpilih adalah Chamang, Bentong di Pahang. Kawan-kawan yang turut serta adalah Amru, Rahman, Afdhal, Intan, adik ipar aku (Pja) dan kawan aku (Che Mot). Kitorang pergi tiga buah kereta.

Kitorang bertolak daripada rumah kak Jam pada pukul 8.00 pagi. Kitorang tiba di tol Bentong pada pukul 10.15 pagi dan kitorang tiba di Chamang tepat-tepat pukul 11.00 pagi.

Bila tengok jer air terjun, kitorang rasa excited sangat. Aku dan kawan-kawan lain turunkan barang dan makanan yang telah dimasak dan yang hendak dipanggang (ayam dan hot dog). Kak Jam bawa sambal udang, mee hoon goreng dan air twister. Aku pulak bawa sambal sardin nak makan dengan roti, ulam-ulaman dan nugget. Yang tak bestnyer aku terlupa bawa coslow telur nak makan dengan roti.

Itu semua dah tak penting lagi bila aku dan kawan-kawan dah masuk dalam sungai. Pergh, mula-mula masuk tu bukan main sejuk airnyer macam air batu. Aku ingat maybe we all turun pagi. After lunch, kitorang turun balik dalam pukul 2.30ptg pun masih sejuk gak. Kalau u all pergi mesti best. Beware, air sungai kat chamang agak deras, dalam dan batu-batu licin. Kalau hujan pastikan jangan ada yang masih mandi takut lemas.

Thursday, April 28, 2011

Perlawanan Futsal Antara Seksyen 2011











Pada 18 Mac 2011 Bahagian Pinjaman Perumahan telah mengadakan Perlawanan Futsal Antara Seksyen bertempat di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, Presint 18. Aku telah ikut serta dan kumpulan kami diberi nama Pro C iaitu gabungan antara seksyen Proses dan Cagaran. Kami telah dinobatkan menjadi pemenang tempat ketiga antara enam kumpulan yang turut serta. Pergh... memang best giler... kumpulan ProC disertai oleh Kak Zima, Fiza O, Aku, Jaja, Cik Jah, Linda, Mirfat, Kak Ti dan ...

Wednesday, April 20, 2011

Konvoi Bercuti Ke Cameron Highland

Pada 18 Mac 2009 Aku dan hubby aku telah berkonvoi beramai-ramai dengan opismate aku... Seronok sangat... Kitorang bermalam di Rumah Peranginan Kerajaan kat Brinchang... Yang paling best di sebelah rumah peranginan tersebut ada kebun bunga, strawberi, kaktus dan macam-macam ada... Kitorang pergi 3 hari 2 malam... Yang turut serta adalah Kak CT, Intan, Kak Reen dan family serta Kak Sally dan family... Kitorang singgah semua kedai hadiah nak beli buah tangan untuk yang tinggal... Selain daripada itu, dalam perjalanan balik kitorang singgah plak kat ladang teh 'Cameron Bharat'... best sangat kalu dapat konvoi ramai-ramai macam nie...



Bowling







Pada 17 April 2011 Aku dan kawan-kawan termasuk adik-beradik ipar aku telah join main bowling kat Alamanda. Kawan-kawan aku terdiri daripada Rina, Dik Yah, Kak Nor, Kakak, Hasrul, Amru dan Wan. Seronok sgt... Lain kali kalu dapat kumpul macam nie mesti best...