Wednesday, July 13, 2011

PERKELAHAN DI CHAMANG


Pada 9 Julai 2011, aku, kak Jam dan Solehan telah merancang pergi mandi air terjun dan lokasi yang terpilih adalah Chamang, Bentong di Pahang. Kawan-kawan yang turut serta adalah Amru, Rahman, Afdhal, Intan, adik ipar aku (Pja) dan kawan aku (Che Mot). Kitorang pergi tiga buah kereta.

Kitorang bertolak daripada rumah kak Jam pada pukul 8.00 pagi. Kitorang tiba di tol Bentong pada pukul 10.15 pagi dan kitorang tiba di Chamang tepat-tepat pukul 11.00 pagi.

Bila tengok jer air terjun, kitorang rasa excited sangat. Aku dan kawan-kawan lain turunkan barang dan makanan yang telah dimasak dan yang hendak dipanggang (ayam dan hot dog). Kak Jam bawa sambal udang, mee hoon goreng dan air twister. Aku pulak bawa sambal sardin nak makan dengan roti, ulam-ulaman dan nugget. Yang tak bestnyer aku terlupa bawa coslow telur nak makan dengan roti.

Itu semua dah tak penting lagi bila aku dan kawan-kawan dah masuk dalam sungai. Pergh, mula-mula masuk tu bukan main sejuk airnyer macam air batu. Aku ingat maybe we all turun pagi. After lunch, kitorang turun balik dalam pukul 2.30ptg pun masih sejuk gak. Kalau u all pergi mesti best. Beware, air sungai kat chamang agak deras, dalam dan batu-batu licin. Kalau hujan pastikan jangan ada yang masih mandi takut lemas.