Sunday, April 6, 2014

Malam Apresiasi Lagenda


Pada 4 April 2014, BPP telah mengadakan majlis makan malam untuk meraikan pekerja yang telah bersara dan telah bertukar. Unit Proses telah diwakili oleh Kak CT, Riza, CC Sal dan anak, Kak Tie dan suami serta aku dan suami.


Kami duduk satu meja. Dalam majlis tersebut diadakan cabutan nombor bertuah. CC Sal dapat handphone 'lenovo', Kak CT dapat 'Pen Drive' 16GB, anak CC Sal (mewakili Kak Norizal) dapat hamper, Kak Tie dapat Kipas dan aku dapat 'Vacuum Panasonic'. Riza dan My hubby dapat gak hadiah tapi kena claim kat luar dewan... Riza dapat 'Jug' kaca dan My hubby dapat bekas plastik...


Alhamdulillah, semunya berjalan dengan lancar... Majlis selesai pada pukul 11.00mlm...

Sunday, March 23, 2014

Bercuti Ke Langkawi

Pada 1 April 2013, aku, hubby, ibu mertua, bapa mertua dan adik ipar aku telah pergi bercuti ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. We all berlepas dari LCCT menaiki kapal terbang AirAsia ke Langkawi jam 1530 dan tiba di Langkawi satu jam selepas itu. 


We all sewa kereta di airport Langkawi dengan bayaran RM230 termasuk deposit dan mula mencari penginapan di Pantai Cenang. Kenapa Pantai Cenang? Coz malam di sana Happening. 


Tempat Penginapan : AB Motel
Harga satu malam : RM120.00
Bilik : 4 orang (2 katil Queen 1 bilik air)

Aktiviti pertama we all.... shopping. Malam tu aku jalan dan jelajah tiap-tiap kedai sepanjang jalan di Pantai Cenang. Kedai cenderahati ader, kedai baju ader, SPA ader, kedai makan ader dan pasaraya pun dah banyak tak macam aku pergi mula-mula dulu.

  
Kat atas gambar we all selesai first dinner...